Monday 9 April 2012

MARI BERHIBUR

MARI MENYANYI

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities) dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus contoh disleksia.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya semakin bertambah dengan meningkatnya tahun ke tahun. Terdapat banyak faktor peningkatan kelahiran kanak-kanak ini seperti faktor usia ibu, masalah kesukaran semasa kelahiran, pemakanan, pencemaran alam sekitar mahupun baka. Kanak-kanak ini mungkin jiran kita, sanak-saudara, murid-murid mahupun anak sendiri. Persoalannya sejauhmanakah kita mengenali kelompok ini dan bagaimanakah kita dapat membantu mereka menjalani kehidupan harian sebagaimana kanak-kanak normal yang lain?
Artikel ini akan menyentuh kategori murid bermasalah pembelajaran untuk mengenali mereka seterusnya memahami nature mereka supaya kita menjadi sebahagian masyarakat yang prihatin dan penyayang selaras dengan visi Wawasan 2020.
Sindrom Down

Sunday 8 April 2012

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

DEFINISI LITERASI

keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian